Thursday, 17 November 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..lama x tulis blog ni...Rindu kOwt!!

Cuti tahunan bermula pada hari ini..macam best jer dengaq cuti ni kan..tp kalau dok kat umah ja boring gak..wooo...nnti mesti aku rindu giler r kat kawan2 aku..harini kawan aku sorang ni keja kena ja ngan kawan aku yg len...best ooo td aku g kowlah..baling2 belon sampai pecah..hehehe..mmg best r..gelak ja keja kami cmua..sampai nak semput la...haahaha..(kalau ampa nak rasa try r kawan ngan kawan2 aku ni)..heeee..aku support 100% comfirm x kering gusi r kawan ngan depa ni...

Lepas 2 kami semua balik g KFC..kat tempat kami ni da KFC ja yang paling best pown..Mcdonalds n lain2 mana da..aku n the geng g makan KFC..makan2 baliklah kami semua...

Kalau la da kawan2 Yang Baca Blog aku ni aku abaq betui ni Mesti aku Rindu gilerrrr r kat ampa semua...MMMMuuuuuaaaahhh..sayang ampa semua..


Saya sayang kamu bukan kerana saya perlukan kamu
tetapi
Saya perlukan kamu kerana saya sayangkan kamu

Kamu adalah kawan baik yang pernah saya ada..

Thursday, 10 November 2011

Sahabat Aku..

Ni gambaq aku ngan kawan bek aku k...dia ni mmg bek.kalau x caya ampa try kawan ngan dia...no tepon dia......cari la sendiri???hahaha(gelak nakal bukan gelak jahat ok)



aku nak cita kawan bek aku ni nama dia Nur Awatif Shahidah..juz call Watif..Dia dalam sekolah aku mmg aktif berkawad..sekarang ni dia Pangkat Sarjan..jd kami semua anak didik kena mengikut arahan Mam Besar kami..huhuhu..dalam hati(kalau dia baca blog aku ni marah dia)minta maaf banyak2 naa)melawak ja..dia ni mmg rapat r ngan aku..KKKKAAAMMCCHHIIINNNGGG GITU!!!Aku suka berkawan ngan dia..Satu ari 2 best p rempit ngan dia...Kenangan bersama..hahaha...nnti sambung len..kacau ja makhluk Allah kat sebelah ni.time dia pulak..k byeee..da!da!da!



Wednesday, 2 November 2011

bersahabat bertukar menjadi sayang...

 Wahhh!!!eklusif jugak tajuk 2..hhahahahah.."Sahabat Bertukar Menjadi Sayang"... Aku nak cita cammana ark..x pa r..aku cita gak la...aku ni da sorang kawan,dia selalu gak luah perasaan kat aku..nama dia ********..nama dirahsiakan OWKEYH!!!sakgi ampa tau x best r...

dia ni ada sorang kawan lelaki...rapat gak r...dia selalu tolong budak laki 2..budak laki 2 kira kawan rapat dia la...dia selalu bantu2 last sekali mcmmana bleyh tersuka kat budak laki 2...

WOOO...budak laki 2 hensem kowt...bg dia la encem bg aku bleyh la...huahuahua..dia luah kat aku..kalau dia nmpak budak laki 2 ngan pompuan len n sembang2 ngan pompuan len,dalam hati dia panas..Perasaan Cemburu Buta r 2...hak2...dia kata kat dlm kelas dia x leh nak beri tumpuan belajar..asyik nak tengok budak laki 2 ja...payah sungguh la sama kelas nikan...

dia x penah luah kat budak laki 2 coz dia rasa malu...lagi satu sbb budak laki 2 penah abq kata dia suka kat budak pompuan kelas len..comey gak r budak 2...Dalam hati hanya Allah yng tau cmmana api betapa maraknya kat dlm hati dia.....hahaha...2 la malu lg last kali KAU YANG RUGI..dah suka terus terang ja la...
mmg x la dia kata..

aku pun x tau nak selesaikan masalah ni...ada pendapat x??????kalau da 2 sila2 la beri cadangan yaaaaa.....Jangan kedekut...kita sama2 kongsi la...SMILEYS!!!


                                       AAAARRRRGGGHHHH!!!!!

                                   EEERRRRGGHHHHH!!!!!!


Rileks lu!!!


 Godd Girl!!


Monday, 24 October 2011

bergaduh!

Salam semua,lama x tulis blog ni..hehehe..rindu r plak...

tension2...gaduh ngan kawan2 ni x best r...nape?WHY?
aku da wat kesalahan yang besar..mungkin aku da wat kesalahan yang kurang menyenangkan kowt..tp x pe r..dah salah aku nak wat cmmana...


gaduh kami x lak sampai bertumbuk..juz guna mulut ja....tp k dah..bek dah..tp dulu lg kammcchhinggg..sekarang makin renggang kowt..2 yg aku susah ati 2...mcm2 da...hahaha

jangan gaduh2...kalau dah kita wat kesalahan kena ngaku..

                                                         Senyum x perlu kata apa2..
                                                                        heh3

Sunday, 31 July 2011

mutiara kata untuk sahabat

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Teman sanggup merampas orang yang kau cintai
Tapi sahabat akan menjadi mata-mata menjaga orang yang kau cintai

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan kau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.

Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.

Teman akan memberi mu senyuman
Tapi sahabat memberi mu kebahagiaan


Teman akan memberi mu setangkai mawar
Tapi sahabat memberi mu setangkai melati


Teman akan menikam mu dari belakang
Tapi sahabat akan menampar mu dari depan


Teman akan menceritakan mu yang tidak benar tentang diri mu
Tapi sahabat akan tutup mulut dengan kesalahan mu


Teman hanya menerima kelebihan mu
Tapi sahabat akan menerima kekurangan mu


1000 teman datang saat kamu tertawa
Tapi seorang sahabat akan datang saat kamu berderai air mata


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinari
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah SWT

Saturday, 30 July 2011

keluar dengan kawan2...best!!!!

best dapat keluar ngan kawan-kawan p kfc..ramai gak la budak kelas aku..best jalan2 ngan depa....lepas g makan kfc p tasek plak..p tasek kami semua dok merapu je la...tangkap gambaq,borak..dan lg km semua wt ketupat...dah nak raya kan??? tinggal lg sebulan ja...bek2 wt awai2..he3...ari isnin ni(1.8.2011) puasa..rasa x sabo2 la plak taun ni nk posa..hohoho..k lah..dah terlanjur aku tulis arini aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan kepada semua umat islam dan selamat berpuasa...semoga bulan ramadan pada tahun ini dipenuhi keberkatan dan dirahmati allah...






Monday, 11 July 2011


 salam semua,

aku nak abaq kat semua...bila kita berselisih faham dengan rakan@sahabat@kawan kita,kita harus jumpa dan bincang elok2...dalam persahabatan ni kalau gadoh2 x syok r.....yang sebelah sini  2 kawan kita,yang sebelah sana pun kawan kita...Jangan kita dok perapi kawan kita plak.....manusia ni bukan semua perfect kan??kita jumpa dia n bincang elok2...kita jangan dok dengaq kat sebelah pihak ja...Itu Namanya X adil!!kita kena dengaq kedua-dua belah pihak...kemungkinan dua-dua belah pihak ada buat salah...KEMUNGKINAN!!masalah 2 boleh selesai dengan bawa berbincang..kita x boleh la serang terus..coz mungkin kawan kita 2 x salah..kalau serang terus mmg jadi BUNGA TAIK la jawabnya...lagi satu aku nak ingatkan kalau dah salah 2 mengaku la...N...kalau x salah jangan mengaku coz bukan salah kita...nnti kawan len mesti salah erti perangai kita..kalau bleyh 2 jangan la kita maki2 kawan kita sewaktu kita marah..bak kata pepatah "Kalau Terlajak Perahu Boleh Diundur,Kalau Terlajak Cakap Badan Binasa"...nanti kita yang akan merana..kalau ternyata kawan kita 2 yang jahat,KITA DIAM JA...sebab org yang buat jahat ni akan menerima balasan yang setimpal..baru dia sedaq...LANGIT TINGGI KE RENDAH??k lah setakat 2 ja untuk arini....wasalam...


SENYUM SELALU....


jadi la macam dalam gambaq ni...
baru persahabatan akan kekal   
selama-lamanya...   


Saturday, 9 July 2011

CiRi-CiRi sAhAbAt SeJaTi

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


                     copyright:mutiara hati*

hadith(sahabat sejati)

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud:

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”





                           copyright:mutiara hati*

Sunday, 3 July 2011

               KaWAN AKu jugak...or My BfF...

nAma KAwan aku yang ni plak iaLAh nuR aZmiNa azaharI...kawan SEjak dari KEChik2 jugak..taDIKA pun Sama...dIA pun pindah jugAK MASa dARjah 2...sedih my bff pinDah...But kalau DIa bAlik kampung AKU  seLAlu gak JUMpa ngan DIa..coz umah Arwah TOk dia DEKAt ngan uMAH tok AKU...dia SamE uMO ngn Aku...dia nI kiraNYA rapaT and BEk ngN aku seJak Umo 5 TAun la...BeSt JaDi KAwan DIA SbB dIA seORang YG pErIaNG...HUhuhU..

Saturday, 2 July 2011


KAWAN aku A.K.A BEST friends aku...
NAmA dia nur AdrINa...aku PANgiiL  kt DIa adrINA JA...AdriNa ni KAwaN AKU masa KEcik SMpai seKARANg...Umo dia sama ngn aku...masa kechik2 dUlU mmG kaLAU dia G maNA2 tentu Dia AJak aku .....dia x sAma KOlah Ngan aKU COz mak n ayah dia kena PINDAH..Mak n AYh dia mMG bek NGn mak n ayah AKU...kmcing gi 2...perangai mak n ayah DIA turun KT dia n DiA mmG seoraNG yG bek gilLA...


FrIeNdS foREvEr!!!!


                                                   dengarlah lagu ni...

Friday, 1 July 2011

sukan sekolah 2/7/2011 bersama sahabat2ku...

cikgu kata start pukul 7.45,tp dalam kul 8.30 lebih baru mula...penat menunggu..huhuhu..tp best la...nama pun sukan kan...lepas abis larian satu murid satu sukan 2..,aku ngn kawan aku bersembang ja keja...hahaha..kami semua best tang part lawan tarik tali 2...best oooo!!!lepas pelajar dari rumah masing2 lawan...waktu cikgu setiap rumah sukan masing2 menunjukkan kekuatan yg ada...tarik tali menang kat rumah tuah...lekir no 2 kot...seronok aku makan ngan kawan aku,yg paling best 2 dapat makanan tambahan..kawan aku x larat nak abis...dia suruh aku makan,,tunggu lagi...aku bantai terus la.....abis semua perlawanan cikgu umum la rumah sukan mana yg menang...no 1 dapat kt umah sukan tuah,no 2 dapat kat umah sukan kasturi,no 3 dapat kt umah sukan jebat and last sekali umah sukan lekir..sian kat umah lekir kan..kesian kat aku gak..umah sukan aku umah lekir...x pa..tahun depan da lagi...
 pantun buat sahabat

Sahabat sejati sahabat setia,
ikhlas bersahabat membawa berkat,
selalu memberi nasihat berguna,
agar selamat dunia akhirat.

Selalu memberi nasihat berguna,
agar selamat dunia akhirat,
buat panduan dimana berada,
agar persahabatan membawa berkat.

Suka duka dikongsi bersama,
hadapi cabaran dengan tenang,                                 
sahabat sejati berhati mulia,
sanggup bersama susah dan senang,
semasa di dunia baik dihargai,
jangan sampai pergi x kembali,
bermacam-macam kawan boleh dicari,  
x mungkin sama sahabat sejati.         

itulah tandanya sahabat sejati!!!!
adakah kita mengetahui SIAPA sahabat sejati kita? 
semestinya salah seorang kawan di sekeliling kita... 
oleh itu hargailah sahabat yg berada di sekeliling kita..
                              Madah uNTUK Sahabat