Friday 18 May 2012

Hello....lama x update aku punya blog kan.....arini aku nak cite ckit larh...

Penyakit angau da uBat x???ha3...wabak angau dah berjangkit kat aku...hurm...

Susah kan nak berterus terang kat org yang kita suka..senang je sebenarnya kalau ada keberanian kat dalam diri ...betui x??aku x berani ark...

peace!!!no jiwang2...parah betui larh...malam mcm niyh mesti tingat kat dia...susah wei,susah...nnti gtau kat dia mesti heboh satu school..hhaahahaha..nope2!!!

KENAPA????aku mesti aku tingat kat dia...bukan da faedah pown...hish...hati oh hati...kenapa mesti rindu???bbwwwuuueeekk...nak termuntah pown da,geli pown da...senang cita dua2 la...sudah larh 2...sakgi cita pasai my secret man x bleyh tido malam plak nnti aku...hurm...daaaaaaa..n...GOOd
nite...MMMuuuuaaahhhh


:)

assalamualaikum sahabat2 ku yang dikasihani n disayangi...lama x buka blog...why?internet slow....nak wat apa pown x bleyh..he3..

rindu x..????kat kita..hahaha...arini aku da buka satu blog 2...Blog VIsi Mindaku kowt x silap aku...aku da baca satu kisah niyh...sedih gak larh...saja nak syer2....aku pon copy n paste larh kat blog niyh...baca ye!!!!

 

PENGORBANAN SEORANG SAHABAT

HARI ini aku mendengar rancangan Riuh Pagi ERA (RPE) di saluran Radio ERA. Mendengar satu cerita yang diceritakan oleh sorang pemanggil melalui telefon ke studio. Lazimnya aku tidak begitu sangat beri perhatian kepada rancangan RPE itu kerana rancangan itu hanya diisi dengan hal-hal yang kurang menarik. Tetapi hari ini bagai ada sesuatu yang menarik perhatianku apabila pemanggil itu membuat panggilannya dan bercerita tentang suatu perkara. Bagi aku perkara yang diceritakan itu amat menarik meskipun mungkin ramai yang akan mengatakan sebaliknya.

Pemanggil tadi (namanya Rizal) bercerita tentang pengalamannya sewaktu berusia 17 tahun (tidak pula diberitahu usianya sekarang, tetapi aku mengagak usianya sekitar 30-an pada masa ini) sewaktu hampir menduduki SPM. Biasalah, zaman persekolahan semua orang berpengalaman melalui detik-detik manis 'bercinta monyet'. Rizal itupun tidak terkecuali. Dia berkawan rapat dengan seorang pelajar perempuan sebayanya tetapi dari sekolah yang berlainan.

Tiap-tiap hari selepas waktu sekolah mereka akan berjumpa di suatu tempat sebelum pulang ke rumah. Hari demi hari persahabatan mereka menjadi putik-putik cinta. Rizal dan pelajar perempuan itu seperti sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Rakan-rakan sekolah mereka tahu hubungan mereka berdua. Suatu hari, seperti biasa selepas waktu sekolah Rizal sampai di tempat pertemuan mereka. Tetapi hari itu kekasihnya tidak muncul. Rizal resah menanti, namun kekasihnya tetap tidak kunjung tiba. Beberapa hari selepas itupun, Rizal masih menanti, tetapi hampa. Perasaannya mula bimbang. Dia bertanya kepada rakan-rakan kekasihnya dan daripada mereka dia dapat tahu kekasihnya itu sakit dan sudah pulang ke kampungnya di Sabah. Kekasihnya itu tinggal bersama emak saudaranya di Kuala Lumpur semasa belajar di sekolah berkenaan.

Atas dasar cinta, Rizal terus pulang dan memecahkan tabung wang simpanannya. Berbekalkan wang tersebut dan maklumat tentang kampung kekasihnya itu, Rizal berlepas ke Sabah dari Lapangan Terbang Subang bersendirian. Setibanya dia di kampung kekasihnya itu baharulah Rizal dapat cerita sebenarnya bahawa kekasihnya itu sedang bergelut dengan hidup akibat menghidap sakit buah pinggang yang sudah sampai ke tahap kronik.

"Pada waktu itu juga saya mengambil keputusan untuk berkorban demi seorang sahabat", suara Rizal yang aku dengar melalui corong radio agak sebak bunyinya.

Kata Rizal dia segera menawarkan diri untuk menyumbang buah pinggangnya. Setelah diperiksa oleh pasukan doktor mereka mendapati buah pinggangnya sesuai untuk didermakan dan jenis darahnya juga sama dengan jenis darah kekasihnya yang sedang bergelut dengan hidup itu! Terus sahaja Rizal memberi tahu emak dan ayahnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan restu dan keizinan mereka. Kedua orang tuanya berlepas segera ke Sabah dan bertemu Rizal serta keluarga kekasihnya di sana.

"Awak dermakan buah pinggang awak, Rizal?", tanya DJ bertugas.

"Ya, saya dermakan buah pinggang saya demi kerana simpati saya terhadap seorang sahabat", balas Rizal, masih kedengaran sebak. "Tetapi usia kekasih saya itu tidak lama. Setahun kemudian, dia dijemput Allah pulang ke pangkuan-Nya". Suara Rizal tersekat di situ.

Aku menganggap kisah ini adalah kisah tentang pengorbanan yang amat luar biasa. Pengorbanan seorang sahabat terhadap sahabatnya yang menderita. Mungkin pada masa itu Rizal mempunyai perasaan cinta terhadap sahabatnya itu, tetapi bagi aku, Rizal sebenarnya adalah seorang sahabat atau kekasih yang berhati mulia. Dia jujur dalam persahabatan (percintaan) kerana itu dia rela berkorban meskipun dia belum pasti sahabatnya itu akan menjadi teman hayatnya.
Mari kita bertanya dan menjawab secara jujur:

i) Berapa ramaikah sahabat yang mempunyai kemuliaan seperti Rizal?
ii) Berapa ramai pula sahabat yang dengan mudah melupakan sahabatnya ketika sahabatnya itu mengalami kesusahan?
iii) Berapa ramaikah sahabat yang tidak mahu meneruskan persahabatan hanya kerana mendengar cerita-cerita fitnah dari orang lain?
iv) Berapa ramaikah sahabat yang bersahabat hanya kerana material serta kedudukan sahabatnya itu sahaja?
v) Berapa ramaikah sahabat yang sanggup memaafkan kesilapan sahabatnya yang berlaku tanpa sengaja?

Marilah sama-sama kita memberi nilai kepada makna persahabatan yang kita jalin dengan sahabat-sahabat kita selama ini. Semoga akan wujudlah kebahagiaan di dalam hati kita bersama.




Thursday 17 November 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..lama x tulis blog ni...Rindu kOwt!!

Cuti tahunan bermula pada hari ini..macam best jer dengaq cuti ni kan..tp kalau dok kat umah ja boring gak..wooo...nnti mesti aku rindu giler r kat kawan2 aku..harini kawan aku sorang ni keja kena ja ngan kawan aku yg len...best ooo td aku g kowlah..baling2 belon sampai pecah..hehehe..mmg best r..gelak ja keja kami cmua..sampai nak semput la...haahaha..(kalau ampa nak rasa try r kawan ngan kawan2 aku ni)..heeee..aku support 100% comfirm x kering gusi r kawan ngan depa ni...

Lepas 2 kami semua balik g KFC..kat tempat kami ni da KFC ja yang paling best pown..Mcdonalds n lain2 mana da..aku n the geng g makan KFC..makan2 baliklah kami semua...

Kalau la da kawan2 Yang Baca Blog aku ni aku abaq betui ni Mesti aku Rindu gilerrrr r kat ampa semua...MMMMuuuuuaaaahhh..sayang ampa semua..


Saya sayang kamu bukan kerana saya perlukan kamu
tetapi
Saya perlukan kamu kerana saya sayangkan kamu

Kamu adalah kawan baik yang pernah saya ada..

Thursday 10 November 2011

Sahabat Aku..

Ni gambaq aku ngan kawan bek aku k...dia ni mmg bek.kalau x caya ampa try kawan ngan dia...no tepon dia......cari la sendiri???hahaha(gelak nakal bukan gelak jahat ok)



aku nak cita kawan bek aku ni nama dia Nur Awatif Shahidah..juz call Watif..Dia dalam sekolah aku mmg aktif berkawad..sekarang ni dia Pangkat Sarjan..jd kami semua anak didik kena mengikut arahan Mam Besar kami..huhuhu..dalam hati(kalau dia baca blog aku ni marah dia)minta maaf banyak2 naa)melawak ja..dia ni mmg rapat r ngan aku..KKKKAAAMMCCHHIIINNNGGG GITU!!!Aku suka berkawan ngan dia..Satu ari 2 best p rempit ngan dia...Kenangan bersama..hahaha...nnti sambung len..kacau ja makhluk Allah kat sebelah ni.time dia pulak..k byeee..da!da!da!